Semester Dua

Yahooooooo.com
Kami uda semester dua.. Kami bukan junior uda da buli trep senior ni semua...
Bukan selalu jadi senior, paling-paling lima semester jak pun ada. Jadi ambil kesempatan la menyeniorkan diri anda sebelum anda diseniorkan ndak pun disayonarakan...
hahahah... saya pun tak faham maksud dia 2...


Tem semester dua ni kitorang ada pakat-pakat nak buat plan tengah malam..
Duduk kat hostel ni macam orang gila jak saya rasa.. tak tau la apa kamu rasa.. Rasa air kelapa bakar kali di salut...

Nak tau ka kitorang pigi mana???
Ha.... mesti tak sabar nak tau ni kan... rilek la..
Kitorang plan pigi tanjung Aru... Jangan jeles tau... Tapi kami ni pelik sikit la.. Sebab orang picnic siang-siang buta, tapi kami picnic malam-malam buta..haaaa. tapi malam buta ka, siang buta ka, cinta itu buta ka, pak mat jual coklat ka,, yang penting kami tetap happy dengan plan kami semua...

Setelah beberapa hari membangkitkan isu ni, beberapa air liur menerjah muka kawan-kawan ketika mengexplain pasal aktiviti ni akhirnya kami dapat la kata sepakat yang hanya sekerat sepinggang... Semua sudah bincang jadi tinggal tunggu untuk bergerak..


Ni gambar dalam keta beliau Azhar.. Pinjam punya..hahhaaaa
Nasib kitorang ni boleh muat dalam satu kereta.. Tak juga susah-susah nak fikir banyak transpot. Tepat pukul 7 malam kami mula bergerak untuk keluar daripada penjara pudu poli nie.. Kalau keluar jam8 habislah punya plan.. Komfom tak jadi..

Akhirnya kami sampai Kk jua..
Sebelum apa-apa kami pergi makan sebab mami cakap makan tu penting kita hidup untuk makan bukan makan untuk hidup..heheheh..

Lepas makan kitorang pergi Centre Point sekejap bagi membingitkan lagi suasana yang belum hangat berbaur hangit..

Setel tawap satu centre baru kitorang bergerak ke Tanjung Aru..
Semua pun tak sabar nak turun dari kereta. Nasib kereta ni tak pandai turun, kalau tidak mlu mungkin kereta ni dulu turun daripada kami semua...

Kami ada bawa gitar, bola, laptop, peti sejuk, mesin basuh, rumah banglo dan macam-macam lagi jadi bekalan untuk menempuhi malam yang sederhana panjang...

Sampai kat pantai, suma pun ambil tempat untuk posing.. apa lagi bergambar la, sapa pegang kamera komfom dia lingkup gambar....

Malam tu memang antara yang paling best.. tapi tak kan seBest Malam Lailatul Qadar..
heheeee... Kitorang enjoy and enjoy dan mengejoykan diri masing-masing semetara ada peluang untuk mengenjoykan diri...

Jam 8 pagi kami sampai balik dah di poli yang paling disayangi dan di sanjungi...

Semester 3


Yes...yes..yes..
kitorang sudah masuk semester ketiga.. Jadi otai la kunu kami semua nie.
Semua sudah besar pun nie.. Tapi tak tahu lah kalau semua pun membesar.hehehehe..

Nie la suma hero-hero remaja..
"C itam-itam" gelaran kami. tapi kami telah buat evolusi cikit di poli nie.. Bukan apa, ramai yang join kitorang punya dress.. tidak ka itu suatu kebanggaan.. Aisehmennnnn..

semester ni merupakan semester yang paling payah bagi kami. Mana tak nya, suma asyik nak enjoy, kalau cite belajar komfom semua menguap siap tongkat dagu dengan mata yang berair dan mulut yang monyok. itu la adat resam semua pelajar, tapi ok sikit la kami nie,,

Semester nie ramai sudah yang terpaksa dan mungkin juga keinginan hati tiggal di luar hostel. Ada yang cakap di hostel best.. tapi ada juga yang cakap di luar lagi best... Tapi tak kira la mana sekalipun yang penting kami tetap kawan seperti mana yang dulu..

Korang nak tau ka, ni la gambar bergaya kami time menyewa di Sri Maju.. Ni pun baru balik dari kelas terus ambil laptop dan bergambar..hahah..macam-macam jak kami nie..orang balik dari kelas berehat kami ni balik kelas terus bergambar.. Artis n Model pun tak lawan kami owh..hahahha

Nie la rumah sewa kami yang paling bahagia..macam-macam aktiviti kami cini.



Aktiviti bergambar posing penyamun feat perompak + pembunuh.. wa jadi apa sudah tu.. Kalah owh kan hitman. Ni la cita-cita kami, mahu jadi perompak teragung abad ni.. nanti kalau suda femes komfom masuk majalah.. mesti nak terpaksa cari posing yang lagi ganerz ni kan...hehe.. tak pa friend.. nanti kalau kami sudah femes kami ingt kamu juga..






Ni plak konsert brutal kitorang di ruma sendiri. Kami sudah minta sponsor dari syarikat rakaman. tapi kami kena reject sebab kami terlalu brutal dan alat muzik kami susah di dapati di pasaran..
tapi tak pelah,,, kami tetap berjiwa seni. nnt next year m.nasir nak pencen da. so kami la jadi waris glamer dia 2....

Pas ni plan nak wat Konsert Jelajah Bilik Kuliah Perdagangan (BKP)
hahahahhaa.... Support kami ya...


haahahha..
yang paling lagi time buat assigment di rumah..
kunun nak buat assigment tapi kalau sudah ramai-ramai di rumah komfom jadi lain aktiviti..

kalau bukan aktiviti berdengkur mesti aktiviti meniarap sambil menghayati keindahan mimpi.hahaha..
tapi tak pe la yang penting kita semua hepi....

Jom kita tengok rambut baru kami.. Exam sudah dekat terpaksa la potong rambut kalau tak nanti tidak boleh masuk dewan pperiksaan.. mcm mana mau jadi rockers sejati kalau begini..hihhihi..... amacam posing???ok ka?? tapi tak nampak rambut baru la sebab malu kunu..
alamak boleh jadi pemalu juga ya..
hahahahahaha.....

Semester Enam

Sedar tak sedar kami sudah berada di penghujung semester. Begitu cepat masa berlalu, masa begitu cepat meninggalkan kita, masa berlalu bagaikan angin. Kami semua masih seperti dulu, semua bagaikan satu keluarga yang bahagia walaupun sekali sekala berlaku pertengkaran namun itu tak kan membuatkan persahabatan kami semua terlerai...


Tapi yang bestnya, kitorang ada jamuan makan malam bagi semester akhir. Malam tu semua masing-masing menunjukkan gaya fesyen terkini.hahaha... kami juga amat bertuah kerana kawan kami (Albar) telah menjadi "King of The Night"... wa bangganya.. Bukan semua orang boleh dapat tu..




Tak cukup malam tu, kami ada malam untuk jabatan perdagangan. wa semuanya pun macam nak pergi kenduri kahwin. ada juga yang macam nak kahwin sudah.. hahhaha.. kurang tok kadi nie.. kalau tak, mungkin ramai dah bertangga rumahh..eee.. silap berumahtangga....

Nak tau ke semua???
Malam nie kitorang punya kawan menang lagi..
Jadi "Pengantin Lelaki terSkema"...hahahaa.. Sapa lagi yang kat tengah baju hijau tu (Rudie)..

Nasib tem ni dia tak kahwin sama Ujie.. Walau apa pun kitorang tetap bangga sebab kelas kitorang boleh kira TOP....

Sebelum nak chow dari poli.. kitorang sempat pergi picnic di Pulau Manukan. Sebenarnya ni kelas lain. mereka dari Mekanikal tapi mereka tetap kawan kami juga... Wa tem ni, kami ada bekalan makanan yang lebih dari mencukupi. Kami 10kg sayap ayam dan 50 batang sosej..
BBQ paling hebat dalam hidup kami. Time paling best time kasi hidup api, macam-macam cara terkeluar, ada yang diturunkan dari keluarga, ada ilmu pengekap, ada ilmu komunis...hahaha.. nasib Ghost Rider tak boleh join kami sebab dia takut merentas laut.haahhahh.. Cukup lama juga kami nak hidupkan api. Nasib dapat juga hasil daripada pergabungan ilmu-ilmu tadi mcm dalam cite Dragon Ball "BERGABUNG".

Itu la org cakap muafakat membawa berkat..
kerjasama amalan mulia,tapi jangan plak buat kerjasama kerja yang tak elok..

Namun semuanya hanyalah tinggal sebuah kenangan yang cukup bermakna bagi kami. Banyak perkara yang kami lalui bersama dan begitu banyak masalah kami hadapi juga. Namun kami tetap bersyukur sebab walau besar manapun masalah kami, kami tetap saling mengingati "DIA KAWAN SAYA".

3 tahun bukanlah tempoh yang lama. Ia begitu singkat bagi kami, begitu banyak benda lagi yang perlu kami kongsi bersama..

Penulis blog ni sangat mengharapkan segala persahabatan yang di jalin tidak akan berubah sampai bila-bila. Biarlah kita semua menjadi kawan sehingga bila-bila. Hanya persahabatan dapat mengukuhkan kita semua. Hanya persahabatan mampu melimpahkan memori-memori indah. Hanya persahabatan membawa kita keluar dari belnggu kesunyian dan Hanya persahabatan yang membuatkan kita kenal antara satu sama lain...

Emphhhh.. satu lagi, semoga ada majlis 'reunion' tuk kita semua..