Semester Enam

Sedar tak sedar kami sudah berada di penghujung semester. Begitu cepat masa berlalu, masa begitu cepat meninggalkan kita, masa berlalu bagaikan angin. Kami semua masih seperti dulu, semua bagaikan satu keluarga yang bahagia walaupun sekali sekala berlaku pertengkaran namun itu tak kan membuatkan persahabatan kami semua terlerai...


Tapi yang bestnya, kitorang ada jamuan makan malam bagi semester akhir. Malam tu semua masing-masing menunjukkan gaya fesyen terkini.hahaha... kami juga amat bertuah kerana kawan kami (Albar) telah menjadi "King of The Night"... wa bangganya.. Bukan semua orang boleh dapat tu..




Tak cukup malam tu, kami ada malam untuk jabatan perdagangan. wa semuanya pun macam nak pergi kenduri kahwin. ada juga yang macam nak kahwin sudah.. hahhaha.. kurang tok kadi nie.. kalau tak, mungkin ramai dah bertangga rumahh..eee.. silap berumahtangga....

Nak tau ke semua???
Malam nie kitorang punya kawan menang lagi..
Jadi "Pengantin Lelaki terSkema"...hahahaa.. Sapa lagi yang kat tengah baju hijau tu (Rudie)..

Nasib tem ni dia tak kahwin sama Ujie.. Walau apa pun kitorang tetap bangga sebab kelas kitorang boleh kira TOP....

Sebelum nak chow dari poli.. kitorang sempat pergi picnic di Pulau Manukan. Sebenarnya ni kelas lain. mereka dari Mekanikal tapi mereka tetap kawan kami juga... Wa tem ni, kami ada bekalan makanan yang lebih dari mencukupi. Kami 10kg sayap ayam dan 50 batang sosej..
BBQ paling hebat dalam hidup kami. Time paling best time kasi hidup api, macam-macam cara terkeluar, ada yang diturunkan dari keluarga, ada ilmu pengekap, ada ilmu komunis...hahaha.. nasib Ghost Rider tak boleh join kami sebab dia takut merentas laut.haahhahh.. Cukup lama juga kami nak hidupkan api. Nasib dapat juga hasil daripada pergabungan ilmu-ilmu tadi mcm dalam cite Dragon Ball "BERGABUNG".

Itu la org cakap muafakat membawa berkat..
kerjasama amalan mulia,tapi jangan plak buat kerjasama kerja yang tak elok..

Namun semuanya hanyalah tinggal sebuah kenangan yang cukup bermakna bagi kami. Banyak perkara yang kami lalui bersama dan begitu banyak masalah kami hadapi juga. Namun kami tetap bersyukur sebab walau besar manapun masalah kami, kami tetap saling mengingati "DIA KAWAN SAYA".

3 tahun bukanlah tempoh yang lama. Ia begitu singkat bagi kami, begitu banyak benda lagi yang perlu kami kongsi bersama..

Penulis blog ni sangat mengharapkan segala persahabatan yang di jalin tidak akan berubah sampai bila-bila. Biarlah kita semua menjadi kawan sehingga bila-bila. Hanya persahabatan dapat mengukuhkan kita semua. Hanya persahabatan mampu melimpahkan memori-memori indah. Hanya persahabatan membawa kita keluar dari belnggu kesunyian dan Hanya persahabatan yang membuatkan kita kenal antara satu sama lain...

Emphhhh.. satu lagi, semoga ada majlis 'reunion' tuk kita semua..